Menteri NRES Lancar Green Door Criteria Document FRIM di IGEM 2024 (Oct 2024)
Pada 10 Oktober 2024, YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, telah melancarkan Green Door Criteria Document sempena International Greentech & Eco Products Exhibition & Conference Malaysia (IGEM) 2024 di KLCC Convention Centre. Dokumen ini dibangunkan oleh FRIM bersama pemegang taruh industri sebagai garis panduan penting dalam pembangunan produk pintu hijau, selaras dengan usaha memperkukuh amalan kelestarian dan menyokong pelaksanaan Perolehan Hijau Kerajaan.
Dalam majlis yang sama, sijil penyertaan Pensijilan Pintu Hijau dan Pensijilan Perabot Hijau turut disampaikan kepada beberapa syarikat industri, termasuk Weng Meng Industries Sdn Bhd, Sandor Malaysia, dan rakan industri lain. Inisiatif ini mencerminkan komitmen FRIM dan pihak kerajaan dalam memperkukuh ekosistem produk hijau melalui kerjasama strategik industri, selaras dengan agenda kelestarian negara.