Get UPdate

Seminar OPT 1
21 November 2024

SEMINAR OIL PALM TRUNK (OPT) PEMANGKIN KELESTARIAN INDUSTRI KAYU - KAYAN MALAYSIA (Nov 2024)

Pada 21 November 2024, MTIB telah menganjurkan Seminar Oil Palm Trunk (OPT): Pemangkin Kelestarian Industri Kayu-Kayan Malaysia 2024 di Bangi Resort Hotel dengan penyertaan kira-kira 200 peserta daripada industri perkayuan, syarikat perladangan sawit, agensi kerajaan, institusi penyelidikan, IPT dan institut latihan. Seminar ini bertujuan menjadi platform perkongsian ilmu mengenai pembangunan dan pengkomersialan produk berasaskan batang kelapa sawit (OPT) sebagai sumber bahan mentah alternatif untuk industri kayu-kayan negara.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk Larry Sng Wei Shien, Pengerusi MTIB, yang turut menyaksikan pelancaran Pelan Tindakan Pembangunan OPT 2023–2030 serta Buku Malaysian Grading Guideline for Oil Palm Trunk (OPT) Dressed Timber. Program ini turut diserikan dengan penyampaian hadiah OPT Creativity and Innovation Challenge 2024, dan diharapkan dapat memperkukuh penggunaan OPT dalam menyokong industri kayu tempatan yang lebih mampan dan berdaya saing.

Seminar OPT 2
Seminar OPT 3
Seminar OPT 4
Seminar OPT 5
Seminar OPT 6
Seminar OPT 7
Seminar OPT 8
Seminar OPT 9
Seminar OPT 10